SELAMAT DATANG KE BLOG KRT FASA 4 TAMAN SERI GOMBAK

Aktiviti Semasa

Pada  12 Feb 2012 AJK KRT Fasa 4 telah bergotong-royong bagi mengubah kedudukan kabin rukun tetangga bagi tujuan bagi membolehkan khemah untuk mengawal malam diletakkan dibahagian hadapan kabin

Sementara menunggu crean AJK sempat beramah mesra diantara satu sama lain




Dengan penuh semangat AJK bertungkus-lumus mengubah kedudukan
cabin pengawal







Pertandingan Nasyid Bersempena Maulidul Rasul

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1433 H, Masjid Al-Khairiyah telah mengadakan Pertanding Nasyid satelah tamatnya perarakan dalam sambutan tersebut.  

Peserta Pertama daripada Sek. Keb. Taman Seri Gombak 







Ini adalah peserta daripada Sek. Men. Hillcrest



Perarakkan Maulidur Rasul 2012M / 1433 H

Pada 05 Feb 2012 wakil Ahli KRT Fasa 4 telah menyertai perarakan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Khairiyah. Perarakan tersebut telah bermula mulai pada pukul 8.00 pagi dan telah tamat pada kira-kira pada pukul 1.00 tengah hari. Wakil daripada KRT Fasa 4 terdiri daripada AJK dan juga Ahli-ahli biasa.

























Skim Rondaan Sukarela ( SRS )


Anggota SRS yang pertama bertugas membuat rondaan
pada malam Hari Raya Qurban.

Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga Fasa 4 telah mula beroperasi pada 17 Nov 2010 (malam Hari Raya Qurban) dengan hanya di anggotai oleh semua AJK KRT (lelaki sahaja), buat permulaan nya rondaan hanya bermula pada pukul 12 tengah malam sehingga ke pukul 4 pagi pada tiap-tiap hari, tetapi pada hari ini Alhamdulillah permohonan daripada warga Fasa 4 untuk menjadi ahli sukarelawan (SRS) semakin bertambah. Apa yang kita harapkan warga Fasa 4 bagi kaum lelaki yang sihat akan menampilkan diri untuk menjadi anggota SRS.
Bagi penduduk kawasan yang berumur 18 tahun ke atas boleh lah memohon kepada Jawatankuasa/Sektor Rukun Tetangga untuk mengadakan Skim Rondaan Sukarela dengan mengisi mengunakan Borang Enam, Bahagian A dan lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki. Dibawah ini saya akan tuliskan petikan penting Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela.

PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)

Skim rondaan sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-peraturan perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.

Skim ini dikendalikan oleh Jawatan kuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 orang pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau seluruh kawasan Rukun Tetangga.

Skim rondaan Sukarela di jangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat. 

TANGGUNJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

1.  Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.

2.  Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan mengunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan kuasa Skim.

3.  Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.

4.  Sentiasa memakai 'uniform' yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.

5.  Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa ketika :
a.  Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan.
b.  Tidak mengunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas.
c.  Tidur atau berjudi.
d.  Tidak memberi maklumat palsu.
e.  Tidak hadir bertugas tanpa sebab.
f.  Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas.
g.  Tidak secara cuai atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu   senjata api pada masa bertugas.
h.  Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.

KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

1.  Seseorang Pemastautin Sekarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.

2.  Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sekarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatanjuasa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.


Setiausaha KRT Fasa 4 En. Mohd Noor memberi taklimat
sabelum SRS menjalankan tugas rondaan.
Kepada tuan-tuan yang berminat secara sukarela untuk menjadi ahli SRS bolehlah berhubung terus kepada AJK KRT Fasa 4